Baru baru ini, bingit FB dan Twitter dan media bila konsert Erykah Badu dibatalkan kerana tattoo beliau yang memaparkan kalimah Allah.
Sebelum menulis ini, dah tentulah aku baca dan kaji.
Didapati, tattoo tattoo pada tubuh EB tersebut adalah bodypaint sewaktu beliau berlakon di dalam sebuah filem kot. (x pasti tahunnya.) Dan ia cuma lukisan dan bukan tattoo sebenar.
Dan pihak akhbar The Star, dalam banyak banyak gambar, diorang nak jugak letak gambar lama berbanding gambar terbaru.
Dalam suratkhabar hari ini, banyak mufti mufti berang dengan suratkhabar The Star kerana, mereka memprovokasi umat Islam di negara ini, contohnya siaran kartun Nabi Muhammad dan artikel yang menyokong golongan "diff orientation".
Rais Yatim membatalkan konsert tersebut atas alasan, tattoo(lukisan sbenarnya) Allah pada badannya mengusik sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.
Ok. Kita masuk pulak isu Elton John. Elton John memang berterus terabg tentang orientationnya.
Dan pada November lepas, beliau membuat persembahan di Genting walaupun PAS dan rakyat menentang kerana orientation beliau MEMANG bercanggah dengan ajaran Islam. Dan satu dunia tahu tentang seks orientation beliau.
Soalan aku sekarang..
1. Tattoo itu sendiri haram, sebagai seorang Islam, beliau patut tahu apa jenis tattoo sekalipun, ia sepatutnya menjadi penghinaan kepada seluruh umat Islam dan bukan spesifik kepada tattoo tattoo tertentu. Jadi? Kenapa EB je yang di ban?
2. Kenapa sewaktu Elton John perform, kerajaan pusat atau PUSPAL langsung tidak bersuara? Adakah ini bermakna diff seks orientation boleh diterima dalam "so-called" negara Islam ini?
KORANG HARUS FAHAM, AKU TIDAK MENYOKONG MANA MANA ARTIS DAN ARTIKEL INI ADALAH BERKENAAN ALASAN KEPUTUSAN RAIS YATIM.
Pada pendapat aku, apa yang aku nampak sekarang ni,
keputusan beliau berasaskan politik.
dan beliau langsung tidak mengetahui siapa itu EB sebenarnya.
Dan keputusan beliau adalah berasaskan media instead of jumpa tuan empunya badan.
Serupa macam kucing curik ikan, kera yang kena lempang.
Kenapa berasaskan politik? Sebab tahun lepas masa nak EJ buat performance dia tak kata apa.
Tahun ni nak dekat PRU baru terhegeh nk dengar suara rakyat.
Ini ke pemimpin? Atau Genting bayar berjuta just to make sure dia tak ambil tindakan?
Atau, dia buat keputusan itu berdasarkan apa yang nampak di mata dan yang tak nampak itu ditulikan?
Tahukah dia EB itu artis Muslim Amerika yang lantang bersuara memperjuangkan kebebasan Palestin?
Tahukah dia, bahawa tattoo tattoo itu takde pon di badannya?
Atau barangkali Rais Yatim sudah lupa asas agama sebenarnya?
Nabi Muhammad ketika dibawa pencuri pertama mengadapnya utk.dipotong tangan, beliau kelihatan sedih,dan benci dengan keadaan tersebut. Bila ditanya, kata Nabi Muhammad, beliau memang benci dan sedih kerana mereka telah menjadi penolong syaitan kepada saudara sendiri.
Allah juga pernah berfirman dalam surah An-Nur:22.. "Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?"
Oklah. Bodypaint itu definitely wrong. Tapi dia pon dah terang2 takde tattoo.
Tapi kenapa dia je kena ban?
Kenapa Rais tak ban artis2 yang benar benar ada tattoo dan yang diff sex orientation?
Yang permanent tattoo takpe ke? Yang diff sex orientation takpe ke?
Itu semua tak kacau sensitiviti Islam ke?
Itu semua tak menyentuh nilai nilai budaya Malaysia ke?
Kata negara Islam. Do it all the way. Jangan nak dekat PRU baru nak ckp banyak. Jangan macam lalang. Ini boleh. Yang itu tak boleh.
Kamu Islam hipokritkah?
Kamu pancing undi guna Islamkah?
Artikel ini tidak berkenaan dengan artis artis. Tapi aku persoalkan justifikasi "sensitiviti Islam" beliau.
Aku benci permainan politik yang gunakan Islam untuk pancing undi.
Aku benci pemimpin yang nk dekat PRU baru tunjuk betapa Islamnya dia.
Islam bukan untuk diperkotak katikkan atau dipermainkan atau dipolitikkan.
APA JENIS TATTOO PUN TETAP HARAM TAK KISAHLA GAMBAR APA PON.
Dah. Maaflah kalau ada yg tak suka entree ini.
Aku cuma suarakan pendapat.
Setuju atau tidak terpulang.
Dan INGAT aku tak kata bodypaint kalimah Allah itu tak salah.
p/s : Banyak artis luar negara macam LMFAO dan Avenged Sevenfold nak turun Malaysia. Er...tattoo diorang yang PERMANENT tu tak menyentuh nilai budaya Malaysia ke En Rais?